AHLAN WA SAHLAN... SELAMAT DATANG !

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google

Assalamualaikum...
Salam Ukhuwwah…

Syukur Alhamdulillah atas anugerah dan limpahan kurniaNya. Semoga kita semua dalam lindungan dan rahmatNya sentiasa. Di saat saya tercari-cari,  Allah telah menemukan saya dengan blog Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Sesuatu yang bermakna buat diri ini. Peluang yang ditunggu selama ini, lantas mendaftarkan diri mengikuti kelas online blog bisnes dan fanpage. Walaupun masih merangkak dan teragak-agak, saya kira ini adalah permulaan dan landasan yang betul. Harapan saya moga usaha ini tidak sia-sia, membuahkan hasil di masa hadapan. Terima kasih kepada pengasas ABDR Puan Masayu Ahmad yang membuka peluang berharga ini juga penghargaan kepada guru-guru online, Puan Nur Balqis Qahira dan Puan Anys Idayu Zakaria di atas tunjuk ajar yang diberikan. Perkongsian dari blog rakan-rakan ABDR juga banyak membantu dan moga ianya dapat dijadikan panduan dan dapat berkongsi manfaat sesama kita. Hingga bertemu kembali di entri akan datang...


Salam Mahabbah... :)

Comments