Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google
Assalamualaikum…
Gambar : Google
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, hari ini
saya diberi kesempatan untuk berkongsi info berkaitan BISNES DROPSHIP. Moga
ianya memberi pencerahan kepada pembaca sebelum menjadi agen dropship.
AGEN DROPSHIP
Apa maksud dropship???
Ianya merupakan suatu perniagaan yang mudah
iaitu penjualan sesuatu produk tanpa menanggung modal serta menyimpan stok.
Pengedar (agen) perlu mendaftar terlebih
dahulu kepada pembekal (penjual). Seterusnya agen memperolehi maklumat dan
gambar produk bagi tujuan promosi dan pemasaran produk samada melalui laman
web, blog atau medium yang dirasakan sesuai. Kemudian agen mengurus tempahan
dan bayaran dari pembeli kepada penjual.
Faedah
Agen Dropship :
1- Setiap
individu berpeluang untuk menjalankan perniagaan.
2- Boleh
mengurus masa dengan baik dan dijalankan secara sambilan.
3- Mengelakkan
penyimpanan stok lama dan risiko kerugian.
4- Membina
jaringan perniagaan yang luas serta sokongan dari ahli kumpulan (agen).
5- Mendapat
komisyen yang berpatutan hasil setiap jualan.
6- Perniagaan
dropship boleh dijalankan secara online, menjimatkan masa dan tenaga.
7- Pakej
dan faedah tambahan bergantung pada pembekal masing- masing berdasarkan terma
dan syarat tertentu.
8- Segala
urusan pembungkusan dan penghantaran produk diuruskan oleh pihak pembekal(penjual).
Kaedah Droship :
a) Dropshipper (Penjual) : pemilik /penyimpan stok barang.
b) Agen (Anda) : menjual
stok dan mendapat komisen jualan.
c)
Pelanggan (Pembeli) : membuat
tempahan pembelian dari agen.
TIPS BISNES
DROPSHIP
1. Membuat kaji
selidik jenis-jenis produk yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Ini
untuk mengelakkan produk yang dipasarkan tidak mendapat sambutan dan keuntungan.
2. Anda sendiri
meminati produk dropship yang ingin dijual. Selalunya produk tersebut ada kaitan dengan diri anda.
3. Mengenalpasti
sasaran jualan bagi produk yang ingin dipasarkan serta sasaran keuntungan bagi
sesuatu produk melalui harga runcit dan jualan.
4. Menggunakan
medium/platform jualan dan pemasaran produk yang bersesuaian seperti blog,
facebook, website, mudah.my, e-bay, whatsApp dan lain-lain.
5. Perlu ada
kesungguhan dan konsisten. Menggunakan pelbagai kaedah promosi serta
menggunakan testimoni dari pembeli. Sentiasa mengemaskini maklumat produk bagi
menunjukkan bisnes masih aktif dan mendapat sambutan.
------------------------------------------------------------------
Sempena Ramadan
& Syawal ini, Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menawarkan peluang
jana pendapatan “ PROJEK DUIT RAYA”.
Hanya dengan permulaan RM150
sahaja seumur hidup, anda berpeluang untuk mendapat pelbagai faedah dan bonus
ebook.
Kami memerlukan agen
dropship jualan pakej barangan puasa, rumah terbuka, pakej mudah masak
untuk suri, produk pakej untuk sepanjang tahun dan musim raya.
Berminat
boleh hubungi Pengurus Online ABDR :
Puan
Noor Azzah Mohd Yusof
SMS/
Whatsapp : 0126343413
Emel
: noorazzahyusof@gmail.com
Comments
Post a Comment