BERMULA EPISOD

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Ketika ini perasaan saya bercampur-baur, ada sedikit gembira, teruja, rasa bersemangat, risau, penat.

Apa pun saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat kurnia yang diberi.

Kali ini saya ingin menyambung entri terdahulu. Episod bermulanya sebelum saya bertemu dengan Usahawan Wanita Hebat ini bila mana Ustaz Fathuri meletakkan link FB di laman page beliau. Usahawan yang saya maksudkan adalah Puan Faizah Janom atau produk beliau lebih dikenali dengan Faizah Cookies atau Maruku Faizah. Entah mengapa gerak hati ini terlalu kuat untuk mengenali beliau. Kagum dengan kejayaan beliau sudah tentu ada rahsia dan tipsnya. 

Puan Faizah merupakan anak didik Dr. Azizan dan Ustaz Fathuri. Hebatnya aura itu apabila bergabung ilmu dunia dan ilmu akhirat. Hasilnya memang luar jangkauan. Allah beri berlipat kali ganda lebih jauh banyak dari apa yang kita fikirkan. Apa yang penting adalah niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Pekerjaan/perlakuan yang baik ye. Untuk peringatan bersama, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Jangan cuba jadi seperti 'Robinhood'. Sungguh pun berniat baik, Islam tidak pernah menghalalkan cara yang jelas haram/buruk untuk mencapainya. Pasti akhirnya mengundang masalah lebih besar. 

Apa sahaja mohon terus pada Allah, jaga amalan Solat Fardhu di awal waktu, lazimi solat Dhuha, niat untuk bangun awal pagi sebelum Subuh menunaikan solat sunat. Amalan yang dikongsi juga LEBIH BANYAK KITA BERI, LEBIH BANYAK KITA DAPAT. Amalan berkongsi ilmu, niat membantu orang lain serta suka bersedekah dan amalan-amalan di atas adalah PEMBUKA PINTU REZEKI. Restu dan doa SUAMI juga IBUBAPA amat perlu untuk berjaya. Tanpa mereka siapalah kita. Redha Allah kepada seorang wanita bergelar isteri terletak pada si suami, manakala Redha Allah kepada seorang anak terletak pada kedua orang tuanya. 

Puan Faizah berkongsi pengalaman beliau sendiri, sejak konsisten dengan amalan-amalan tersebut, banyak perubahan yang berlaku lebih-lebih lagi bisnesnya semakin berkembangluas dan berpotensi besar. Beliau juga banyak memberi motivasi dan dorongan hasil ilmu yang diperolehi dari Ustaz Fathuri dan Dr. Azizan Osman. Pada awalnya saya hanya biasa-biasa sahaja. Niat hanya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau. 

Allah sebaik Perencana. TakdirNya telah menemukan saya. Betapa saya tidak pernah menyangka bahawa saya berpeluang menemui beliau dalam masa yang sama di luar sana ramai yang ingin bertemu dengan Puan Faizah ini. Kami bertemu dengan cara mudah, siapa sangka anak beliau merupakan penuntut IPTS di tempat saya bekerja. Pertemuan kami berjalan dengan lancar. Sejak pertemuan itu seolah ada aura yang menyerap masuk dalam minda. Saya cuba hadamkan ilmu dan pengalaman yang diberi. Walaupun masanya singkat tetapi banyak yang saya dapat. Akhirnya, PERCUBAAN PERTAMA SAYA BERJAYA. Namun masih banyak yang perlu saya perbaiki. Saya jadikan Puan Faizah sebagai MENTOR untuk membantu saya mencapai target yang ingin dicapai. Pesannya, mahu berjaya perlu ada mentor. Murid perlukan guru. Itulah ILMU HISABnya. SAYA MASIH BARU DAN TERUS BERGURU.

TERIMA KASIH YA ALLAH. MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI.
DORONGKAN KAMI KE ARAH KEBAIKAN DAN MOGA KAMI SENTIASA DALAM PETUNJUKMU.







Comments

  1. so inspiring entry ni =)

    saya follow sini untuk Uni Aqilah giveaway #25

    ReplyDelete
  2. Good sharing ;)

    Follow sini 49 dari segmen http://www.cekgunorazimah.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html

    ReplyDelete

Post a Comment