RAHSIA SOLAT DAN AIR

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum Pembaca Budiman,

Sejak kebelakangan ini, jarang sekali dapat menulis. Sempat menjengah sekali sekala. Banyak yang ingin dikongsikan, cuma tidak berkesempatan .

Alhamdulillah hari ini, saya diberi kelapangan untuk menulis lagi. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Sekitar bulan Februari yang lalu, saya mengikuti program bacaan Yaasin dan sesi tazkirah yang diadakan ditempat kerja. Alhamdulillah, tajuk tazkirah yang disampaikan adalah berkaitan solat. Banyak rahsia solat yang mungkin tidak diketahui. Antara kelebihan solat iaitu solat berjemaah.

Bukan sahaja ganjaran berlipat ganda malah ianya dapat memberi kesan kepada tubuh badan kita. Menurut kajian saintifik, dalam tubuh badan manusia mempunyai ion positif dan negatif. Berlebihan ion negatif akan menyebabkan stress dan muncul pelbagai penyakit fizikal yang lain.

 Seharian penat bekerja, dalam tubuh badan kita banyak ion negatif yang dapat dineutralkan melalui solat berjemaah. Bahu bertemu bahu dalam satu saf solat, bersalaman selepas solat dapat memindahkan ion-ion positif dalam badan kepada saudara seislam kita juga sekaligus menyeimbangkan ion-ion dalam badan. Kestabilan sistem tubuh badan banyak menyumbang kepada kesejahteraan hidup dan dapat menjalani ibadah dengan baik.

Jarang sekali kita rasa keluh kesah selepas solat berjemaah, pastinya kita akan rasa damai dan tenang. Bagi yang belum merasai cubalah.

Satu lagi info yang ingin saya kongsikan. Masih adakah kolah masjid yang terbuka untuk berwudhuk? Pernahkah pembaca terdengar kisah air kolah masjid dijadikan bahan dalam rawatan Islam.

Pada awalnya saya terfikir. Apa logiknya.

Akhirnya baru saya tahu apa istimewanya air kolah masjid. 

Bagi yang sering datang ke masjid solat berjemaah juga sudah tentu akan berwuduk. Tangan sebelah kanan mempunyai enzim, apabila berwuduk air tadi akan bercampur di dalam kolah. Bukan seorang dua yang berwuduk..sudah tentu beratus orang. Dan setiap kali berwuduk juga akan membaca Basmalah dan doa selepas berwuduk. Boleh jadi orang yang berwuduk juga dari kalangan orang yang berilmu dan dikasihi Allah.

Selain itu, air kolah juga terdedah dengan bacaan zikir, azan dan ayat al-Quran di masjid. Dalam entri terdahulu ada diterangkan berkenaan molekul air yang terdedah dengan bacaan al-Quran. Ianya memberi kesan positif. Tambahan pula air kolah ini termasuk jenis air yang mutlak. Suci lagi menyucikan mengikut hukum fiqah. Maka tidak mustahil mengapa ada yang menggunakan air kolah untuk tujuan rawatan.

Sekadar berkongsi apa yang diperolehi, moga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca sekalian. Sekiranya ada kesilapan maafkan saya. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya. Wallahu a’alam…


  

Comments